disaat sumua orang mengucapkan selamat hari bapa,aku hanya mampu tersenyum.i have no father..cuma hanya bait2 doa yang mampu ku panjatkan buat arwah abah selepas solatku.. sedekah amal jariah ku,apa sahaja yang mampu ku lakukan,aku sedekah kan buat abah.walau hanya 10sen sedekahku,setitik peluhku..seboleh mungkin aku mahu menjadi anak yang solehah,agar doa ku sampai buat abah.hanya itu yang abah tinggalkan.anak2 yang solehah.hanya doa kami yang mententeramkan abah disana.
senja ini,rindu itu makin kuat.iklas aku katakan,selain suami,abah orang yang akan aku rindui. bertahun-tahun sudah abah pergi,namun..rindu itu umpama baru semalam.walau cuma sdikit kenangan yang sempat kami lakarkan bersama,cukuplah.budi abah ibarat segunung intan buat aku.
pernah sekali,najihah bertanya "ibu,kakak ada abah..ibu ada abah tak?"
tak tahu kenapa,aku tak mampu menjawab...tak mampu menjawab yang atuk dah tiada..mungkin kerana abah sentiasa ada didalam hati aku..sedaya mungkin aku cuba menyeka air mata dari jatuh.
~untuk kesekian kalinya,Al-fatihah buat abah~
Sunday, June 19, 2011
selamat hari bapa..abah
By suzie othman di Sunday, June 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment