? ??????????????Sci Fi? ????? ?? ???Rating: 4.0 (87 Ratings)??2033 Grabs Today. 16064 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????????????????????????????????????Dawn Stilled Water? ????? ?? ???Rating: 4.8 (4 Ratings)??1722 Grabs Today. 5853 Total Grabs. ??????Previ BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 13, 2011

hari ni hari ape??

as usual,gamb mau cantekkk


hari ni HARI JUMAAT..nak share perkara sunat HARI JUMAAT.(bukan malam jumaat)

1. MANDI
( Dari Ibnu Umar ra ), Sabda baginda SAW yang bermaksud,
"Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

2. Menghias dan Pakai Wangi²an
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya."

3. Memotong Kuku
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

4. Membaca Surah al-Kahfi
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan."
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq."
(Riwayat Al-Baihaqi)

5. Memperbanyak Doa
Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah

Sabda baginda yang bermaksud,
"Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat."
(Riwayat Muslim).

6. Berselawat
Sabda baginda yang bermaksud,
"Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.

0 ulasan: